HOME

Wednesday, 19 July 2017

Anggur Razaki (Green Seeded)


Pokok anggur Razaki green seeded mempunyai buah yang berwarna hijau-kuningan terang.
Buah anggur ini terdiri dari gugusan  besar (berat 400-500 gram), berbentuk seakan2 Kone yang  bercabang, keadaan rumpun buah yang jarang.
Keadaan buahnya adalah bersaiz besar (5 gram), panjang berbentuk seperti Elips.

Rasa buahnya adalah manis dan tidak berbau atau ber-aroma.

Pokok anggur Razaki ini sesuai ditanam di tanah yang Aluvial dan di kawasan yang lebih panas dan kering.

Anak benih pokok at mamsgardennursery1@gmail.com

 

Anggur Anabe Sahi (Green Seeded)



Buah anggur Anabe Sahi ini adalah berbentuk bujor memanjang, buah saiz sederhana besar & berbiji dan mempunyai warna hijau kekuningan apabila matang. Isi buahnya adalah manis dengan TSS 14-16% dan berwarna bening. 

Pokok anggur Anabe Shahi ini adalah satu varieti anggur yang ditanam di India terutama di Negeri Andra Pradesh, Punjab, Haryana dan Kartanaka. Ia sesuai ditanam secara meluas dengan keadaan agro-cuaca yang berbeza .


Namun Pokok anggur ini sangat mudah terdedah kepada cendawan / fungi. Jadi jika di tanam di zon Teropika ia perlukan greenhouse.


Pokok anggur Anabe Shahi berbuah lebat

Juga pokok anggur dari varieti ini lambat matang tetapi boleh menghasilkan buah yang lebat. Hasil purata adalah 35tan / hektar. Buahnya mempunyai kualiti penyimpanan yang baik dan kebanyakannya digunakan untuk anggur meja.
 
 
 
Anak benih pokok at mamsgardennursery1@gmail.com  atau
melalui WASAP disini


Anak anggur Anabe Shahi