Selain itu lain lain teknik membesarkan buah adalah seperti berikut:-
1) Jika anda inginkan buah anggur yang besar terlebih dahulu pilih jenis variti anggur yang berbuah besar contohnya Red Globe, Kyoho, King Ruby, dan sebagainya.
2) Untuk menghasilkan buah anggur yang besar dan sempurna maka diperlukan dilakuan penjarangan buah. Lakukan penjarangan ketika terbentuknya bunga sampai beberapa hari sebelum menuai.
Buang 25% bahagian bawah bunga anggur ketika sedang mekar dan lakukan semula penjarangan selepas buah sebesar kacang soya. Buang 25% buah yang mempunyai saiz tidak seragam.
3) Sembur buah dengan larutan GA-3 (Giberelin) 25 ppm untuk menghasilkan tandan buah panjang, tangkai buah yang besar, dan buah membujur.
4) Beri baja dengan kandungan Nitrogen(N) rendah untuk memacu pertumbuhan daun yang berpengaruh terhadap pembesaran buah. Hentikan pemberian pupuk nitrogen apabila mula proses kematangan buah.
5) Menyiram sekali setiap hari hingga 110 hari selepas pemangkasan, dan hentikan penyiraman 10 hari sebelum tuai.
Anak benih pokok at mamsgardennursery1@