HOME

Thursday, 11 May 2017

Anggur Isabela Madu (Red Seeded)

Pokok anggur Isabela Madu mengeluarkan buah yang kulitnya berwarna merah-ungu dan isi-buah dalamannya pula berwarna hijau-ungu. Buah anggur ungu yang manis dan bersedia untuk makan tetapi untuk membuat jus mungkin boleh di-gunakan ketika hijau & ungu. 

Buah anggur ini biaasanya digunakan untuk dimakan mentah, jus & pengeluaran Wain.

Daun nya pula berwarna hijau & bersaiz 6-18cm, dengan urat bawah, 3-5 cuping dan bergerigi di pinggir. Bunga anggur berwarna hijau, bunga-bunga kecil yang tumbuh dalam bentuk gugusan(kelompok).

Pokok anggur Isabella boleh bertahan iklim tropika dan sub-tropika dan Kultivar anggur yang paling banyak ditanam di selatan Brazil dan digunakan untuk kedua-dua jus & wain.

Anggur Isabella ialah tanaman yang diperolehi daripada spesies anggur Vitis labrusca (anggur musang). Ia berasal dari Amerika Syarikat, yang juga dikenali sebagai Alexander, Fragola & Izabella. Ia mungkin telah pertama dibangunkan di South Carolina pada tahun 1816.

Anak benih pokok, limited stock, boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com


No comments:

Post a Comment