HOME

Tuesday, 2 May 2017

Kurma yang boleh berbuah di Malaysia.

Pohon kurma perlukan polination (pendebungaan ) antara bunga jantan dan betina untuk menghasilkan buah, tidak kira ia dari benih TISU CULTURE atau HYBRID atau biji ,  Ini adalah kerana pokok kurma terdiri dari pokok jantan & pokok betina berasingan, bermaksud pokok jantan keluarkan bunga jantan, pokok betina keluarkan bunga betina ( menjadi buah).

Perkara di atas penting kerana Allah jadikan bunga kurma ini tiada berbau, jadi tiada agen pendebungaan menghingapi bunga2 tersebut. 

Jenis benih kurma:-
Benih yang di beli dari jenis HYBRID,  pokok jantan nya adalah lebihkurang 40% manakala betina 60% yang bermaksud benih pokok itu boleh jadi pokok jantan atau pokok betina. Benih dari 'tissue culture"  pula peratusan pokok itu betina adalah 99%, atau pokok itu jantan 99%, sebab itu satu benih pokok tissue kultur dijual MAHAL. Benih dari biji yang biasa kita makan itu, kalau kita tanam ia tidak menghasilkan bunga jantan atau pun betina. hehe. Cuba anda lihat banyak pokok kurma di masjid2 di Malaysia tidak ada bunga jantan atau betina (pondan) apakan lagi untuk berbuah!!.

Jadi kalu anda ingin mengusahaan kebun kurma agar ia boleh mengeluarkan buah maka pilih lah jenis benih HYBRID kerana ia ada pokok  jantan dan betina. Jika anda dapat benih pokok jantan, tidak mengapa kerana debunganya boleh di simpan hingga 3 tahun dan dijual harga mahal & amat baik untuk kesihatan lelaki. 

Malangnya  pokok dari benih hybrid, kita hanya tahu jantan betina sesuatu pokok itu dalam masa 1 hingga 3 tahun iaitu bila ia telah mengeluarkan bunga. Jadi kalu mahu yang 99% betina belilah benih jenis TISSUE KULTUR.

Memilih pokok jantan atau betina:-
Kalau kita beli satu pokok saja, macam mana pulak.??Kalau boleh biarlah benih pokok2 ada pokok2 betina & beberapa pokok jantan. Kalu ada penjual bagitau, tidak perlu pokok jantan dan betina, cukup satu pokok saja boleh menghasilkan buah, maka dia itu PENIPU. Cara hendak memilih pokok kurma HYBRID dgn peratusan tingginya betina ialah:-
a) Pokok betina daun nya melentik ke belakang.
b) Pokok betina perdunya besar
c) Pokok jantan perdu yg kecil, daun yg lurus mencacak.
d) Pohon jantan lebih tinggi , daunnya keras dibanding pohon betina lebih rendah serta daun merendang ke tanah.

Penanaman Kurma:-
Pokok HYBRID atau TISU KULTUR mula mengeluarkan bunga dalam masa 1-3 tahun bergantun media & baja. Satu pokok kurma boleh mengeluarkan 50- 80 kg buah selepas berumur lebih tiga tahun.

Jarak penanaman pokok kurma ialah 24 kaki. Bagi tanah yg berair, buat batas untuk menanam pokok kurma ini. Dalam satu ekar tanah boleh tanam 62 pokok. Harga anak benih HYBRID berusia 6 bulan adalah antara RM50.00- RM180.00 sepokok. Jenis pokok tisu kultur yang kecil pula paling murah ialah RM200.00- RM350.00 sepokok.

Varieties kurma untuk Malaysia:
Kurma yang sesuai ditanam di cuaca di Malaysia untuk di makan secara fresh (bukan di kering).
a) Barhee - buah warna kuning
b) Hybrid KL1 - buah warna kuning
c) Khasaif - buah warna merah
d) Khonaizi - buah warna merah
e) Khalas - buah warna kuning
Kurma varieti degletnoor pula sesuai utk dijadikan kurma kering kerana buah fresh dari jenis ini rasanya pahit.

15 comments:

  1. Slm
    Bagaimana nak pesan benih kurma...saya di kuching swk

    ReplyDelete
  2. Jikalau encik nak benih kurma utk tanaman, boleh hubungi Ahmad Tamar di fb page mereka. Mereka merupakan company kurma berasal dari Sarawak yng berpangkalan di Kch. Haritu diaorang ada jual anak pokok kurma di showroom ketika bulan Ramadhan.

    ReplyDelete
  3. Di Sabah ada menjual benih pokok kurma ka?

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum, saya di melaka,bagaimana nak tempah pokok kurma untuk kebun saya? Kurma ajwa ada? Tks

    ReplyDelete
  5. Selamat malam Tuan/Puan. Saya berminat untuk menanam pokok kurma secara komersial di tanah Saya , adakah bantuan dari jabatan pertanian

    ReplyDelete
  6. Selamat malam,saya berminat, bagaimana ,dimana nak dapatkan biji benih kurma yang boleh berbuah cepat ni

    ReplyDelete
  7. mana mau dapat benih pokok kurma

    ReplyDelete
  8. Minat bibit kurma daerah miri-serewak bubungi nomor +60 17-805 4179

    ReplyDelete
  9. saya nak beli pokok kurma hybrid - saya di shah alam

    ReplyDelete
  10. Saya nak beli benih kl 1 2000 pokok di banting ada benih call sy 01155006661

    ReplyDelete
  11. saya nak beli pokok kurma betina -saya di palembang indonesia,

    ReplyDelete
  12. Saya mahu beli biji benih kurma dan semai sendiri. Sebab pasti ada halangan kalau beli pokoknya. Kena kuarantin oleh jabatan pertanian.

    ReplyDelete
  13. Saya beli biji kurma Ajwa Dan semai sendiri, sekarang sdh 8 bulan, Saya semai 1500 biji, yg jadi cuma 690 pokok kerana serangga Dan siput Dan lidah tanah tanah yg makan tunas biji kurma, ada Jenis racun yg boleh digunakan supaya serangga tidak makan tunas biji kurma

    ReplyDelete