Wednesday, 20 March 2019

Fosfor(P) merangsang kualiti pembungaan

Kebanyakan penanam anggur bukan professional mendapati Buah anggur  bersaiz kecil. Selain tidak di Perun secara yang betul dan variti anggur yang memang kecil, lain sebab utama ialah kurang Baja Phosphorus(P).


Buah kecil di sebab kekurangan Fosfor(P)

Apabila tanaman anggur anda  kekurangan unsur P, maka akan mengalami gejala:-
  • Perkembangan akar tidak subur, tidak dapat menyerap nutrient dari Tanah.
  • Buah & tangkai bunga (buah) menjadi  kecil, cepat matang.
  • Pertumbuhan pokok lambat, pokok kerdil
Fungsi unsur Baja Fosfor pada tanaman ialah:-
  1. Merangsang pembentukan bunga & buah. Jika kurang Fosfor tangkai bunga akan kerdil pendek . Ini akan mebuat buah juga tidak dapat membesar di sebabkan cluster yang kecil & padat.
  2. Fosfor membentuk inti sel dan dinding sel. Maka jika kekurangan Fosfor subjek akan tidak membesar atau kerdil
  3. Merangsang Pertumbuhan akar muda dan pemasakan biji.
  4. Pembentukan enzim pernapasan dan klorofil,
  5. Meransang pengangkutan  energi (ADP+ATP)  dan energi dari hasil metabolisme dalam tanaman.
Putik yang lebat


Bunga & tangkai yang besar & panjang menghasil buah  besar



 

No comments:

Post a Comment