Thursday 21 March 2019

Anggur Riesling(Green Seeded)

Buah anggur Riesling mempunyai tandan yang padat dan buah bersaiz sederhana  dan rasa yang manis. Inilah yang membuat anggur Riesling hebat untuk pengeluaran wain manis kerana ia sangat mudah terdedah kepada "pereputan" yang baik (yang mengeringkan anggur bagi menggiatkan kemanisan).

Riesling terkenal kerana mengekspresikan terroir(kewilayahan), dimana di pelbagai daerah, menghasilkan gaya yang sangat unik tersendiri. Riesling adalah variti anggur hijau yang berasal dari wilayah Rhine yang mengalirnya Sungai Rhein meliputi negara Jerman, Swiss, H, France

Riesling adalah variti anggur ber-aroma yang memaparkan kebungaan, kewangian, aromatik serta keasidan yang tinggi. Ia digunakan untuk membuat buat buah kering, dan wain manis ataupon hampir manis.
Benih anggur yang di tanam subur di Mamsgarden berasal dari Germany yang kami beli secara handcarry di sebuah nursery di Dublin, Ireland.

Anak benih pokok, limited stock, boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com



untuk tempahan.
Pembelian anak pokok anggur klik disini



Anak anggur Riesling




Putik anggur Riesling


Buah yang masak hijau kekuningan & manis











Wednesday 20 March 2019

Anggur Sapphire (Black Seedles)

Buah Anggur Sapphire rasanya manis. Ia adalah anggur hitam tanpa biji dengan satu ciri yang luar biasa, iaitu bentuk buahnya panjang, kelihatan seperti bentuk batang balak, seolah2 ia bukan buah anggur.
Jenis-jenis anggur Sapphire telah ditanam di Timur Tengah tetapi belum banyak dihasilkan untuk pasaran Amerika sehingga kini.
 
Anak pokok anggur Sapphire boleh di beli melalui WASAP disini




Anak pokok anggur Sapphire
 

Fosfor(P) merangsang kualiti pembungaan

Kebanyakan penanam anggur bukan professional mendapati Buah anggur  bersaiz kecil. Selain tidak di Perun secara yang betul dan variti anggur yang memang kecil, lain sebab utama ialah kurang Baja Phosphorus(P).


Buah kecil di sebab kekurangan Fosfor(P)

Apabila tanaman anggur anda  kekurangan unsur P, maka akan mengalami gejala:-
  • Perkembangan akar tidak subur, tidak dapat menyerap nutrient dari Tanah.
  • Buah & tangkai bunga (buah) menjadi  kecil, cepat matang.
  • Pertumbuhan pokok lambat, pokok kerdil
Fungsi unsur Baja Fosfor pada tanaman ialah:-
  1. Merangsang pembentukan bunga & buah. Jika kurang Fosfor tangkai bunga akan kerdil pendek . Ini akan mebuat buah juga tidak dapat membesar di sebabkan cluster yang kecil & padat.
  2. Fosfor membentuk inti sel dan dinding sel. Maka jika kekurangan Fosfor subjek akan tidak membesar atau kerdil
  3. Merangsang Pertumbuhan akar muda dan pemasakan biji.
  4. Pembentukan enzim pernapasan dan klorofil,
  5. Meransang pengangkutan  energi (ADP+ATP)  dan energi dari hasil metabolisme dalam tanaman.
Putik yang lebat


Bunga & tangkai yang besar & panjang menghasil buah  besar