Monday 29 May 2017

Anggur July Muscat( Green Seeded)

Pokok anggur July Muscat mempunyai buah berbiji berwarna hijau dengan rasa yang cukup sedap , ianya mempunyai isi buah yang padat.
Pokok nya tumbuh dengan cepat dan dengan pohon yang kuat, buah yang lazat,
 
Pokok anggur ini suka tanah yang bersaliran baik , dan sesuai ditanam di cuaca seperti di New Zealand.

Note:-
Keluarga Anggur Muscat termasuk lebih dari 200 jenis milik spesies Vinifera Vitis yang telah digunakan dalam pengeluaran wain, kismis & anggur meja di seluruh dunia untuk beberapa abad. Warna anggur ini  boleh mumpunyai warna daripada hijau (seperti Muscat Ottonel), kuning (Moscato Giallo), kepada merah jambu (Moscato rosa del Trentino) kepada hampir hitam (Muscat Hamburg). 

Anggur Muscat & wain daripadanya sentiasa  perkatakan sebagai sesuatu yang mempunyai aroma-bunga yang manis .
Anak benih pokok at mamsgardennursery1@gmail.com

 
 


Anggur Long White Malaga(Green Seeded)

Anggur Long(New) White Malaga rasa buahnya manis dan kulitnya berwarna hijau dan isinya berwarna bening.
 
Buah anggur yang eksotik ini berbentuk bulat LONJONG dengan panjang dalam lingkungan 2.6 cm dan diameter 1.6 cm. Kulit buahnya adalah tipis dan bertepong.

Pokok anggur ini  memang sedikit sensitif dengan penyakit fungus dibandingkan dengan lain seperti jenis Green Belgia. Anak benih pokok anggur ini sukar di peroleh, maka ia  paling banyak di cari orang untuk mendapatkannya walau harganya masih dianggap  mahal .
Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com

Anggur IAC ( Green Seeded)


Buah anggur IAC
Anggur IAC ini buahnya berbentuk bulat, bersaiz sederhana, berwarna hijau dan berbiji. Purata berat sebutir buah dalam 3.3 ke 3.5gram, panjang 1.8 ke 2.7cm dan lebar pula anggaran 1.7cm.
Gugusan(cluster) buah IAC ini  pula bersaiz sederhana (200 hingga 300g), berbentuk cylindrical-conical, tidak berapa bersayap dan agak padat. Panjang gugusan adalah lingkungan 16 -20cm, lebarnya 10 -14cm, manakala berat gugusan dalam lingkungan 260g. Bilangan butir buah purata dalam satu gugusan ialah 65 butir.

Pokok anggur IAC ini amat serupa pokoknya dengan White Malaga dan sukar di bezakan. Ia boleh di bezakan dengan meneliti keadaan atau bentuk buah.

Pokok anggur IAC ini banyak di tanam di Malaysia terutama di kediaman kerana ia mudah hidup walau tanpa  greenhouse, namun jika tidak di jaga dengan betul buahnya kecil, masam dan mempunyai kerosakan terutama di musim hujan.


Ada juga penanam terutama pengusaha ladang dapat memgeluarkan buah yang agak baik untuk di makan, dan lebih baik jika ada greenhouse.

Rasa buahnya seperti  rasa Muscat, agak sedap terutama yang dekat dengan kulit. Tekstur pulpa adalah fleshy.
 
Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di mamsgardennursery1@gmail.com
atau wasap disini




http://wasap.my/60183848159/saya nk beli pokok anggur
Anak pokok anggur IAC
 

Wednesday 24 May 2017

Anggur White Malaga( Green Seeded)

Buah anggur white malaga
Buah anggur White Malaga mempunyai warna hijau, berbentuk bulat. Buah anggur White Malaga rasanya sedikit masam jika prosedur penjagaan & Baja tidak di ikuti dengan betul.

Di kalangan penaman sambilan,  kebanyakan buahnya adalah bersaiz kecil kerana mereka tidak mengikut prosedur menanam dengan betul. Maka buah yang ada hanyalah bersaiz yang sesuuai untuk di buat jeruk. Namun ada pengusaha, terutama tanaman di ladang mampu menghasilkan buah yang agak baik.
 
Pokok anggur White Malaga ini banyak di tanam di Malaysia terutama di rumah2 kediaman kerana ia mudah hidup walau tanpa rumah lindungan hujan(greenhouse).

Pokok anggur White Malaga boleh hidup dan banyak di tanam di kawasan iklim tropika seperti Thailand, Malaysia, Indonesia.

Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di mamsgardennursery1@gmail.com atau wasap disini



http://wasap.my/60183848159/saya nk beli pokok anggur
White Malaga

Friday 19 May 2017

Anggur Schuyler ( Black Seeded)


Pokok anggur Schuyler menjadi pilihan pengusaha ladang anggur kerana sangat produktif mengeluarkan buah dan juga mempunyai gugusan buah yang besar.

Buahnya yang lembut dan mempunyai rasa manis, bersaiz SEDERHANA berwarna hitam-kebiruan, dan berjus yang sebahagian besarnya tidak mempunyai rasa Labrusca.

Pokok anggur Schuyler perlu ditanam di atas trellii yang disokong dengan baik. Ia mempunyai daun berwarna cantik yang berubah menjadi warna merah dalam musim gugur.

Buah anggur Schuyler ini biasanya digunakan sebagai anggur untuk makan dan untuk menghasilkan Wain berwarna merah muda.


Anak benih pokok at mamsgardennursery1@gmail.com





Anggur Kyoho (Black Seeded)


Anggur Kyoho (Black Seeded) adalah salah satu daripada anggur TERBESAR di pasaran. Ia boleh mencapai saiz plum kecil.

Buah anggur Kyoho ini berkulit hampir hitam yang tebal dan pahit, dan biasanya ia dikeluarkan sebelum buah  dimakan.
 
Rasa buahnya  sangat manis dengan kandungan gula 18 hingga 20 Brix (purata buah anggur  hampir kepada 12 Brix).
Isi buah nya berwarna ungu-gelap hampir menyerupai Concord, dan mempunyai isi yang sangat berair & tekstur menyerupai agar-agar dengan kandungan asid sederhana rendah.
 
Buah anggur Kyoho ini membesar dalam gugusan yang seragam pada pokok anggur yang dipangkas secara cermat.
 
Ia mengandungi biji yang besar, tetapi jenis yang tanpa biji kini sedang dibangunkan, bagaimanapun, mereka biasanya gagal untuk masak dalam tahap gula yang tinggi.Anggur Kyoho, disebut kee-OH-ho, adalah kacukan antara Amerika Ishiharawase dan Centennial Eropah. Nama Kyoho, bermaksud "besar atau gunung besar", dan ia adalah lebih besar daripada saiz purata buah anggur, mereka dinamakan sempena Gunung Fuji.

Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com


Anggur NARC ( Black seeded)



Pakistan National Agricultural Research Centre (NARC).
Pokok yang di tanam di mamsnursery hidup subur di Malaysia ini berasal dari Pakistan.










Anak benih pokok, limited stock, boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com



anak pokok anggur NARC

Anggur Isabela Hitam( Black Seeded)

Pokok dan buah anggur Isabela hitam ini sangat tahan pada penyakit.

Anggur Isabella  jenis hitam ini boleh hidup di mana saja, boleh tahan dengan suhu yang sangat sejuk, panas, bahkan di-daerah lembab iklim tropika juga.

Ia boleh bertahan dengan berbagai jenis fungi dan ketahanan akar dari serangan Nematoda dan Phyloxera. Pokok anggur ini boleh hidup di Malaysia tanpa greenhouse.

Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com

Anggur Black Queen( Black Seeded)


Anggur Black Queen ini mempunyai gugusan(cluster) besar, namum butir buah bersaiz sederhana sahaja.

Pokok anggur Black Queen mempunyai buah yang lasak, lewat masak dan juga lewat  bertunas untuk berbuah.

Walaupun ia boleh tahan kepada jangkitan kulat dan pelbagai penyakit, anggur ini terdedah kepada Botrytis  yang menyebabkan reput pada gugusan anggur semasa musim untuk masak.

Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com

Thursday 18 May 2017

Anggur Albany Surprise (Black Seeded)

Buah anggur Albany Surprise berwarna hitam-ungu

Pokok anggur Albany Surprise mengeluarkan buah yang rasanya manis untuk di makan. Buah anggur ini adalah berwarna ungu (purple). Keistimewaan buah anggur Albany ini mempunyai biji yang sedikit.


Albany yang di tanam di Mamsgarden hidup subur
Pokok anggur Albany Surprise ini juga adalah lasak dan tahan penyakit . Ia mempunyai kadar pertumbuhan yang pesat.  



Putik yang masih berwarna hijau
Pokok anggur Albany ini perlukan cuaca yang panas, dan kawasan yang cerah untuk buah masak sepenuhnya. Pokok juga perlu sokongan untuk tumbuh diarasnya.

Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di mamsgardennursery1@gmail.com
atau Wasap saja disini.





http://wasap.my/60183848159/saya%20nk%20beli%20pokok%20anggur
Anak pokok anggur Albany Surprise






Anggur Alphonse Lavallee( Black Seeded)


Pokok anggur Alfonso Lavelle mengeluarkan buah yang besar & bulat, dan berwarna  hitam-kebiruan. Buahnya  berkulit tebal, manakala isi buahnya adalah kenyal dan enak, ber-astringen dengan sedikit ber-aroma

Buah anggur ini mempunyai saiz gugusan sederhana ke besar & panjang dan tidak terlalu padat.

Pokok dan buah anggur Alfonso Lavelle adalah sensitif kepada kulat(fungi) dan juga penyakit. Ia juga agak sensitif kepada frosts musim sejuk, phomopsis, érinose, dan fungi downy mildew & powder mildew dan juga botrytis!!. Maka penjagaan pokok adalah penting, dan sebaiknya di tanam dalam greenhouse.

Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com
atau melalui Wasap disini


http://mamsgardennursery.blogspot.my/p/blog-page_16.html
Anak pokok anggur Alphonso Lavelle



Anggur Black Muscat/ Muscat Hamburg(Black Seeded)

Anggur Black Muscat , juga di kenali sebagai Muscat Hamburg adalah anggur hitam yang mempunyai buah bersaiz sederhana , namun ia adalah yang popular, kerana buahnya mempunyai tandan(gugusan) lebat. 

Pokok anggur Black Muscat ini mengeluarkan buah berwarna merah tua-kehitaman , dengan rasa buah sangat manis.

Pokok anggur jenis ini mudah hidup dan senang diurus. Paling sesuai untuk kawasan yang mempunyai kelembapan rendah. Namun ia boleh juga di tanam di kawasan kelembapan tinggi seperti Thailand, Malaysia & Indonesia.

Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com

Anggur Carolina Black Rose (Black Seeded)

Anggur Carolina Black Rose (biasa  di panggil "CBR") ini mempunyai buah bersaiz besar, dan BERBIJI.

CBR buahnya tidak masak pada masa yang sama didalam sesuatu tandan/gugusan. CBR mempunyai buah yang rasanya manis & sedap.

Pokok anggur CBR boleh hidup dalam kelembaban iklim Tropika walaupun ia tidak sehebat Isabella. Banyak di tanam di kawasan iklim Tropika yang lembap kerana pokok nya boleh tahan penyakit. Maka ia boleh & banyak  di taman di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com

ANGGUR Brazil atasi asma, penuaan dan kanser


Buah Anggur Brazil (Jabuticaba) apabila dimakan boleh merangsang, membuka saluran pernafasan bronkial dimana ia baik untuk pengidap asma, dan ia mempunyai astringen menjadikannya bagus untuk cirit-birit, dan penyembuhan  tonsillitis.

 Buah Jabuticaba mengandungi bahan anti-radang, dan penuh dengan antioksidan.

Sesetengah orang memanggil Jabuticaba buah anti-penuaan  dengan manfaat kesihatan yang sama seperti Cranberry.

Buah Jabuticaba juga mengandungi banyak protein, rendah karbohidrat, & tinggi kalsium, besi, fosforus, dan sangat tinggi dalam Vitamin C, mempunyai beberapa vitamin B & sangat rendah kalori.

Kajian baru sedang dilakukan mengenai keberkesanan Jabuticaba untuk melawan kanser kerana ia mengandungi banyak sebatian anti-kanser.
 
Jabuticaba boleh melegakan saluran GI, membantu atasi masaalah Artritis, dan juga menghalang pelbagai penyakit kulit & keguguran rambut .

Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com

Wednesday 17 May 2017

Anggur Survenir (Black seedless)

Anggur Souvenir ialah variti anggur yang hebat kerana buahnya mempunyai warna ungu-biru pekat yang cantik.

Buah nya juga adalah rasanya sangat manis, ber-aroma sederhana, dan adalah terbaik jika ia dibiarkan masak di pokok.

Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com

Autum Royal ( Black Seedless)

Buah anggur Autum Royal mempunyai warna yang sangat hitam, tanpa biji.

Saiz buah semula jadi adalah ANTARA yang terbesar dalam variti hitam tanpa biji.

Anggur MidNight Beauty (Black Seedless)

Pokok anggur Mid-night Beauty mengeluarkan buah berwarna hitam paling MANIS dan tidak mempunyai biji. Ia popular kerana kemanisan buahnya.

Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com

Anggur Pinot Noir (Black Seedless)

Anggur Pinot Noir mendapat namanya yang berasal dari perkataan Perancis bermaksud “ Pain & hitam”. Pain merujuk kepada variety anggur yang ketat/rapat  gugusannya seolah2 seperti buah Pain.


Benih anggur ini kami bawa ke Malaysia dengan handcarry dan di beli dari sebuah nursery di IRELAND.
Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com  atau
melalui Wasap di sini


CLICK TO PURCHASE ANAK POKOK

Anak pokok anggur Pinot Noir
 
 

Anggur Opal (Black Seedless)

Pokok Anggur Opal adalah varieti pokok anggur yang mempunyai buah hitam seedless TERBESAR di duniaIa dilaporkan telah dibangunkan oleh Bahagian Hortikultur Penyelidikan CSIRO, Australia.
 
Anggur Opal adalah varieti baru dan menghasilkan buah sebesar 21.5 mm diameter dengan rasa buahnya manis yang menyenangkan. Black Opal ini boleh bertahan dengan penyakit kulat downy mildew. Black Opal tanpa biji ini adalah kacukan antara California Black Rose & Ruby seedless. Ia juga banyak dikeringkan untuk menjadi kismis gred yang baik.

Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com

Monday 15 May 2017

Anggur King Ruby(Red Seedless)




Pokok anggur King Ruby red seedless mempunyai buah bujur & besar dan gugusan(cluster) yang juga besar, dan berwarna merah lebih atau kurang Homogenus, berkulit tebal, dan renyah isinya.

Gugusan buahnya berbentuk segi-tiga dan buah2an nya adalah kurang padat.

Pokok dan buah anggur King Ruby ini adalah sensitif  kepada kulat & penyakit lain. Terutamanya buah yang masih muda sensitif pada penyakit dan juga fungi (kulat) seperti downy & powder mildew. Kulat terjadi apabila ia dlam keadaan lembap atau terkena hujan. Olehitu adalah perlu ia di lindungi di bawah greenhouse jika ia di tanam di kawasan iklim tropika.

Anak benih pokok, limited stock, boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com


melalui WASAP di sini 


Anggur Flame (Red Seedless)

Buah bulat tanpa biji, isi yang kuat dan berat dan manis
Flame tanpa biji ini adalah jenis buah anggur yang manis,  mempunyai isi buah yang kuat, berbentuk bulat dan berat yang memudahkan ia untuk disimpan dengan baik.

Anggur variti Flame mempunyai buah bersaiz agak kecil, mempunyai gugusan saiz sederhana, berbentuk silinder & kon.
Gugusan bersaiz sederhana berbentuk Silinder &kon

Ia adalah hibrid daripada Thompson berbiji, Cardinal, dan beberapa kultivar vinifera Vitis yang lain. Ia menghasilkan gugusan yang sederhana besar hingga besar dengan rasa manis.

Flame memerlukan musim menaman yang panjang. Oleh itu, ia tidak berapa sihat untuk hidup di zon yang sejuk dan lembap. Walau bagaimanapun, olehkerana kualiti yang baik, tanpa biji dan kemanisan, serta jangka hayat yang panjang, menjadikannya salah satu anggur yang paling banyak ditanam.  



Anggur Flame ini boleh hidup sesuai di cuaca yang panas dan masak lebih awal dari Thomson. Ia sesuai untuk dimakan mentah dan kurang sesuai untuk di buat kismis.

Anak benih pokok, limited stock, boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com



WASAP di sini


Anak pokok anggur flame di Mamsgarden

Anggur Red Cardinal (Red Seedless)

Pokok anggur Red Cardinal Seedless mempunyai buah yang besar, berbentuk  bulat atau bujur telur dan rasa buah sangat manis. 

Buah anggur ini mempunyai cluster atau gugusan yang besar, panjang & longgar. Kulit buahnya agak tebal dan berwarna merah lembayung(rose), namun warnanya tidak teratur.

Pokok anggur Red Cardinal adalah sensitif  kepada kulat & penyakit, terutama kepada cendawan "downy mildew & powder mildew", dan Phomopsis, frosts musim sejuk. Buah nya pula mudah  retak jika terkena air hujan. 
 
Red Cardinal adalah varieti anggur meja yang mula pertamanya  dihasilkan di California pada tahun 1939. Ia adalah kacukan daripada Flame Seedless(atau Flame Tokay) & anggur meja Ribeir.

Di Amerika Syarikat, Bulgaria, Croatia, Perancis, Itali, Romania dan Sepanyol Cardinal digunakan sebagai anggur meja khas untuk makan & juga dibuat kismis. Di Thailand & Vietnam pula  ia digunakan secara meluas dalam pengeluaran Wain.
Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com

CLICK TO PURCHASE ANAK POKOK

Thursday 11 May 2017

Anggur Crimson (Red Seedless)


Anggur  Crimson seedless mempunyai buah bersaiz sederhana, berbentuk bujur silinder dan agak memanjang (elongated)


Buah dari hijau jadi merah jambu bila masak

Buahnya mempunyai warna merah-jambu dengan kulit yang segar & kuat, agak sederhana tebal, serta isinya (pulpa) yang kuat & ber-air (juicy).

Gugusan besar panjang ber-kon padat


Buah2an nya mempunyai cluster(gugusan) yang besar, panjang, dalam bentuk KON dan padat.


Rasa buahnya adalah manis-tart dan agak spicy(pedas), namun  menyenangkan. . Ia amat lazat dimakan secara segar dan juga sebagai snek yang menyihatkan atau dalam bentuk salad buah2an dan juga keju pinggan.

Pokok dan buahnya sensitif  kepada kulat dan penyakit, sangat sensitif kepada powderly mildew.

Anak benih pokok, limited stock, boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com



http://wasap.my/60183848159/saya%20nk%20beli%20pokok%20anggur

Anggur Perlete (Green Seedless)


Anggur Perlette (Green Seedless) adalah anggur hijau tanpa biji dibangunkan oleh H.P. Olmo di University of California, daripada kacukan Scolokertek Hiralyonoje x Sultanina Marble yang dibuat pada tahun 1936.

Nama Perlette berasal dari perkataan "little pearl" untuk menggambarkan pantulan sinar yang menarik pada buah yang sudah matang.

Anggur  Perlete menghasilkan bentuk buah bulat yang kuat, segar dan enak dengan gugusan besar &padat dan ranum seminggu lebih awal daripada Flame & tiga hingga empat minggu lebih awal daripada Thompson.
Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com

Anggur Sugraone( Green Seedless)


Pokok anggur Sugraone mempunyai
Buah yang  besar dan berbentuk bujur dan  mempunyai warna hijau-kuning.
Buah nya mempunyai saiz gugusan yang sederhana ke besar, berbentuk Kon dan separuh padat. Ia juga boleh matang awal.
Buah mempunyai kulit tebal, isi yang kuat dan berwarna yang cantik. Rasanya buahnya seolah2 seperti rasa anggur  Muscat.

Pokok dan buah anggur Sugraone (Green Seedless) ini sensitif kepada kulat dan penyakit. Ia juga sensitif kepada kekurangan mineral Zn & Fe, dan sangat sensitif kepada fungi powdery mildew.
Buah anggur SugraOne ini sesuai untuk digunakan sebagai jus, kismis dan pengetinan.


 
Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com  atau

Anak pokok anggur SUgraOne Green seedless

Anggur Thomson/ Sultana (Green Seedles)

Buah bujor, bersaiz sederhana, hijau kekuningan

Buah anggur Thomson(juga di panggil Sultana)ini berbentuk bujor, bersaiz sederhana, dengan warna kulit hijau pucat-kekuningan emas, kulit yang tidak mudah melupas(slip skin).

Namun buah anggur Thomson rasa nya sangat manis & enak (juicy) dengan kandungan gula yang tinggi,  separuh Glukosa, separuh Fruktosa.


Buah anggur Thomson yang belum ranum


Anggur Thomson/ Sultana( Green Seedless) ini dikatakan  anggur yang paling banyak dimakan dan salah satu jenis anggur tanpa biji yang tertua di dunia.

Pokoknya paling suka iklim panas kering bebas daripada kelembapan. Pokok anggur ini agak lewat berbuat (matang) iaitu dalam tempoh  15 bulan.

Anak benih pokok, limited stock, boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com




http://wasap.my/60183848159/saya%20nk%20beli%20pokok%20anggur
Anak anggur Thomson(Sultana)

SKYFRUIT mempunyai seribu satu khasiat


Anak benih pokok
 

Buah di pokok


 
 
 
 
 
 
 





 




Tumbuhan ajaib seribu satu khasiat:-
1. Merangsang keupayaan seksual, kelesuan;
2. Mengawal tahap gula & singkir toksin dalam darah, menguatkan pembuluh darah, tingkat sistem peredaran darah;
3. Menguatkan sistem hati, paru2, jantong dan perut;
4. Aktifkan & membina semula sel tubuh, anti penuaan, agen kecantikan.

Maka ia membantu menyembuh penyakit:-
1. Mati pucuk, imunasi yang lemah;
2. Kencing manis,, darah tinggi, haid, strok awal, 
kolestrol;
3. Jantung, asma, gastrik, hati, sembelit, selera makan, mandul;
4. Imunasi yang lemah,gout, malaria, alergy kulit, jerawat, tumor,sopak,
Kandungan Nutrisi Sky fruit:-
1. Mempunyai multi-vitamins, fiber, karbohidrat,protin, minerals. 
2. Herba yang mengandungi kandungan tertinggi Saponins, Flavonoids, Bitter Alkaloids.

Anak benih pokok at mamsgardennursery1@gmail.com