Monday 29 May 2017

Anggur IAC ( Green Seeded)


Buah anggur IAC
Anggur IAC ini buahnya berbentuk bulat, bersaiz sederhana, berwarna hijau dan berbiji. Purata berat sebutir buah dalam 3.3 ke 3.5gram, panjang 1.8 ke 2.7cm dan lebar pula anggaran 1.7cm.
Gugusan(cluster) buah IAC ini  pula bersaiz sederhana (200 hingga 300g), berbentuk cylindrical-conical, tidak berapa bersayap dan agak padat. Panjang gugusan adalah lingkungan 16 -20cm, lebarnya 10 -14cm, manakala berat gugusan dalam lingkungan 260g. Bilangan butir buah purata dalam satu gugusan ialah 65 butir.

Pokok anggur IAC ini amat serupa pokoknya dengan White Malaga dan sukar di bezakan. Ia boleh di bezakan dengan meneliti keadaan atau bentuk buah.

Pokok anggur IAC ini banyak di tanam di Malaysia terutama di kediaman kerana ia mudah hidup walau tanpa  greenhouse, namun jika tidak di jaga dengan betul buahnya kecil, masam dan mempunyai kerosakan terutama di musim hujan.


Ada juga penanam terutama pengusaha ladang dapat memgeluarkan buah yang agak baik untuk di makan, dan lebih baik jika ada greenhouse.

Rasa buahnya seperti  rasa Muscat, agak sedap terutama yang dekat dengan kulit. Tekstur pulpa adalah fleshy.
 
Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di mamsgardennursery1@gmail.com
atau wasap disini




http://wasap.my/60183848159/saya nk beli pokok anggur
Anak pokok anggur IAC
 

No comments:

Post a Comment