Tuesday 22 August 2017

CARA besarkan buah anggur

Faktor utama untuk mendapatkan buah anggur yang besar ialah teknik pembajaan mengunakan baja yang sesuai dan juga teknik "Pruning" yang betul.

Selain itu lain lain teknik membesarkan buah adalah seperti berikut:-

1) Jika anda inginkan buah anggur yang besar terlebih dahulu pilih jenis variti anggur yang berbuah besar contohnya Red Globe, Kyoho, King Ruby, dan sebagainya.

2) Untuk menghasilkan buah anggur yang besar dan sempurna maka diperlukan dilakuan penjarangan buah. Lakukan penjarangan ketika terbentuknya bunga sampai beberapa hari sebelum menuai.

Buang 25% bahagian bawah bunga anggur ketika sedang mekar dan lakukan semula penjarangan selepas buah sebesar kacang soya. Buang 25% buah yang mempunyai saiz tidak seragam.

3) Sembur buah dengan larutan GA-3 (Giberelin) 25 ppm untuk menghasilkan tandan buah panjang, tangkai buah yang besar, dan buah membujur.

4) Beri baja dengan kandungan Nitrogen(N) rendah untuk memacu pertumbuhan daun yang berpengaruh terhadap pembesaran buah. Hentikan pemberian pupuk nitrogen apabila mula proses kematangan buah.

5) Menyiram sekali setiap hari hingga 110 hari selepas pemangkasan, dan hentikan penyiraman 10 hari sebelum tuai.

Anak benih pokok at mamsgardennursery1@gmail.com

atau Wasap saja disini


Anggur Niagara green(Seeded)

Buah anggur Niagaras rasanya buahnya manis, tidak masam seperti beberapa jenis anggur hijau lain. Anggur Niagara biasanya digunakan untuk membuat wain, jem, jeli, dan jus!

Pokok anggur Niagara adalah tanaman anggur hijau komersil paling popular di pasaran. Anda boleh juga menikmatinya terus dengan menanam di belakang rumah anda sendiri.

Buahnya bersaiz sederhana dan ringan.

Pokoknya mudah dilatih untuk memanjat pagar atau trellises, anggur Niagara terkenal kerana menghasilkan kluster besar anggur. Dalam keadaan yang ideal, tananam Niagara telah diketahui melebihi kehebatan anggur Concord.

Ia mulanya berasal dari kacukan antara Concord dan Cassady. Anggur Niagara mengambil nama sempena nama "daerah" di New York di mana ia dicipta pada tahun 1868.