Tuesday 22 August 2017

Anggur Niagara green(Seeded)

Buah anggur Niagaras rasanya buahnya manis, tidak masam seperti beberapa jenis anggur hijau lain. Anggur Niagara biasanya digunakan untuk membuat wain, jem, jeli, dan jus!

Pokok anggur Niagara adalah tanaman anggur hijau komersil paling popular di pasaran. Anda boleh juga menikmatinya terus dengan menanam di belakang rumah anda sendiri.

Buahnya bersaiz sederhana dan ringan.

Pokoknya mudah dilatih untuk memanjat pagar atau trellises, anggur Niagara terkenal kerana menghasilkan kluster besar anggur. Dalam keadaan yang ideal, tananam Niagara telah diketahui melebihi kehebatan anggur Concord.

Ia mulanya berasal dari kacukan antara Concord dan Cassady. Anggur Niagara mengambil nama sempena nama "daerah" di New York di mana ia dicipta pada tahun 1868.

No comments:

Post a Comment