Monday 15 May 2017

Anggur Flame (Red Seedless)

Buah bulat tanpa biji, isi yang kuat dan berat dan manis
Flame tanpa biji ini adalah jenis buah anggur yang manis,  mempunyai isi buah yang kuat, berbentuk bulat dan berat yang memudahkan ia untuk disimpan dengan baik.

Anggur variti Flame mempunyai buah bersaiz agak kecil, mempunyai gugusan saiz sederhana, berbentuk silinder & kon.
Gugusan bersaiz sederhana berbentuk Silinder &kon

Ia adalah hibrid daripada Thompson berbiji, Cardinal, dan beberapa kultivar vinifera Vitis yang lain. Ia menghasilkan gugusan yang sederhana besar hingga besar dengan rasa manis.

Flame memerlukan musim menaman yang panjang. Oleh itu, ia tidak berapa sihat untuk hidup di zon yang sejuk dan lembap. Walau bagaimanapun, olehkerana kualiti yang baik, tanpa biji dan kemanisan, serta jangka hayat yang panjang, menjadikannya salah satu anggur yang paling banyak ditanam.  



Anggur Flame ini boleh hidup sesuai di cuaca yang panas dan masak lebih awal dari Thomson. Ia sesuai untuk dimakan mentah dan kurang sesuai untuk di buat kismis.

Anak benih pokok, limited stock, boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com



WASAP di sini


Anak pokok anggur flame di Mamsgarden

No comments:

Post a Comment