Monday 15 May 2017

Anggur Red Cardinal (Red Seedless)

Pokok anggur Red Cardinal Seedless mempunyai buah yang besar, berbentuk  bulat atau bujur telur dan rasa buah sangat manis. 

Buah anggur ini mempunyai cluster atau gugusan yang besar, panjang & longgar. Kulit buahnya agak tebal dan berwarna merah lembayung(rose), namun warnanya tidak teratur.

Pokok anggur Red Cardinal adalah sensitif  kepada kulat & penyakit, terutama kepada cendawan "downy mildew & powder mildew", dan Phomopsis, frosts musim sejuk. Buah nya pula mudah  retak jika terkena air hujan. 
 
Red Cardinal adalah varieti anggur meja yang mula pertamanya  dihasilkan di California pada tahun 1939. Ia adalah kacukan daripada Flame Seedless(atau Flame Tokay) & anggur meja Ribeir.

Di Amerika Syarikat, Bulgaria, Croatia, Perancis, Itali, Romania dan Sepanyol Cardinal digunakan sebagai anggur meja khas untuk makan & juga dibuat kismis. Di Thailand & Vietnam pula  ia digunakan secara meluas dalam pengeluaran Wain.
Anak benih pokok boleh di beli melalui pos di  mamsgardennursery1@gmail.com

CLICK TO PURCHASE ANAK POKOK

No comments:

Post a Comment